choop



October 17, 2012

Sahabat Karib

✿~ kegagalan dan kejayaan 
adalah dua musuh 
ketat yang sepatutnya dijadikan SAHABAT KARIB ~✿

Jangan !!

"Jangan tunggu jika ada yang lebih baik 
sedang menunggu dirimu."

BIAR DIA..


Pada saya, 
biar dia SALAH SANGKA..
biar dia salah anggap, 
biar dia salah menduga..
biar dia tahu yang buruk, 
sebelum MENGHARAP yang baik-baik..

Jika dia IKHLAS, 
dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada..
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna..
apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikkan, 
bila dia tidak boleh menerima kelemahan 
dan kekurangan? 

Biar dia tahu saya tidak pandai itu, 
saya tidak pandai ini..
biar dia tahu, 
saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation 
dia yang tinggi melangit itu..
biar dia tahu, 
saya pernah punya MASA LALU..
namun saya masih punya MASA HADAPAN..
biar dia tahu, 
biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU,
supaya dia tidak menyesal kelak.

SOAL HATI

CINTA: 
Bila aku bercakap mengenainya, bukan menunjukkan aku jiwang...
Tetapi ia merupakan Satu FITRAH 
yang ada pada setiap manusia...

JODOH DAN PERTEMUAN: 
Bila aku bangkitkan hal ini, 
jangan anggap aku terburu2, 
malah ianya hanya untuk persiapan yang aku 
inginkan..

Seandainya..

•» Ya Allah,
•» Seandainya luka ini berhikmah maka biarkanlah..
•» Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah..
•» Seandainya rindu ini suci maka terbitkanlah..
•» Seandainya cinta ini diredhai maka satukanlah.. (^,^)

Janji ALLAH?

Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah 
dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi, 
ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin 
memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya. 
Dasari hikmah-Nya. 
Renungi kalimah-Nya. 
Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan. 
Menyambungkan apa jika ada yang terpisah? 
Berpisah pun perit. 
Kehilangan itu amat sakit. 
Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk 
menyambungkan cinta kita dengan-Nya. 
Itu adalah cinta teragung. 
The greatest love that we gain. =') 
What we need most.
ALLAH tidak pernah 
memisahkan sesuatu dari hambaNYA 
kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. 
Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… 
lalu kenapa saya harus 
tidak percaya atas janji ALLAH?

KEINGINAN

✿~ Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih 
PASANGAN HIDUP..
siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..
tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain,
 DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, 
memimpinku ke arah tuju yang satu..
bukan rupa yang ku impikan,
 bukan harta yang ku inginkan..
tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..
aku akan berasa amat BERTUAH 
andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..~✿

October 5, 2012

serba salah.

hmmmm..
hari ni mmg xde mood btol2.
serba salah sebab tak terus terang dengan dia.
berat hati pon ada.
setiap kali call gelak tawa dia la yg membuatkan aku tak sampai hati nak citer.
bukan sll dapat dengar dia happy jew.
 
adakah dia faham aku ?
 
#sayangkamu